BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 17 February 2012

POTENSI DIRI


Keluarga besar saya berkumpul Disember lalu di suasana penuh damai dan dingin, Cameron Highlands, Alhamdulillah, berkumpulnya kami dalam qadar dan izin Allah

Apa yang 'magical' di Cameron Highland adalah Floranya. Fauna, eh saya hanya dapat membayangkan sesuatu yang licin, slimy dan berekor panjang, jadi usah potong mode indah ini. 

Kadang-kadang species tumbuhan yang ada di sana hanyalah tumbuhan biasa yang boleh juga kita tanam di belakang rumah, tetapi rupa dan paras sedikit berbeza.


Ini hanyalah pokok renek yang dipanggil pokok puding di Utara Tanah air. Tapi jarang  pokok puding yang berbunga jika ditanam di persekitaran kita. Luar biasanya Cameron Highland pokok pudingnya mengeluarkan bunga yang indah memikat.


 Senduduk di Cameron lebih besar bunganya, daunnya juga.



Bunga Raya , tentunya lebih subur dan mekar dengan saiz yang juga luar biasa

 Dan tentu saja kekwa lebih indah dan subur di sini.


Coral dan Flower Lettuce , ohhh ohhhh


Tumbuhan juga boleh mengeluarkan potensi diri menjadi lebih baik dengan suasana yang yang dingin dan tenang. Begitukan kesimpulannya?

Pokok Puding yang secara normal jarang berbunga di tanah rendah boleh menongkah arus kebiasaanya dan menzahirkan potensi dirinya yang terbaik, lalulah keluarlah kuntuman indah daripada pucuknya.

Begitu juga senduduk, kekwa, mawar dan seribu mungkin species tumbuhan lain di sana.

Bukankah Allah menyeru kita melihat keadaan sekeliling kita dan di sebalik setiap kejadiaan ada tanda-tanda kebesaranNya.

Di persekitaran yang lebih indah, tenang, dingin damai, manusia ,jasad dan jiwa, rohani dan jasmani mampu mengeluarkan potensi diri menjadi yang lebih baik dan yang terbaik.

Persekitaran yang baik itu tiada sempadan geografi kawan, ianya boleh dicipta. Di  minda.

'Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia'- Ar Raad : 28