BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 19 December 2011

Malu


 Seorang rakan  bertanya petua untuk menghilangkan sikap malu dalam diri anak gadisnya. Kata si Ibu, gadis kecil berusia 8 tahun itu terlalu pemalu degan orang sehingga kelihatan pasif. Memang pemalu sehingga dia segan untuk bersalaman dengan teman-teman bapanya walaupun puas disuruh. Mulut seolah-olah penuh berlian.

 Ada yang mencadangkan si kecil didaftarkan ke Drama Class supaya dia menjadi lebih vokal atau mungkin si kecil boleh juga meyertai kelab Public Speaking . 

Malu. 

Burukkah sifat malu itu ? Tergantung daripada kaca mata siapa kita menilainya. Jika dari sudut pandang manusia dan dunia, ya tentulah kurang elok sekiranya anak-anak terlalu pemalu sehingga mungkin katanya boleh merendahkan jati dirinya.

Sekiranya dilihat dari teropong agama, Malu itu malahan sebahagian Iman.Rasululullah S.A.W sendiri seperti dalam riwayat Bukhari, lebih malu daripada gadis pingitan. Malu lah yang mampu menjadi perisai agar iman tidak goyah dan runtuh. 

Malulah wadah yang mampu mengurus nafsu agar tidak membuak dan terjerumus ke kancah maksiat.

Biarlah si kecil itu malu kerana malu itu sopan. Sifat fitrah yang dikurniakan Allah kepada insan, lebih lagi yang bernama perempuan. Cuma , didiklah dia menjurus sifat mulianya itu agar berteras pada yang Satu dan ajaran Sang Kekasih.

Takut jika malu yang sirna mejadikan anak gadis kita tidak segan-segan mendedahkan auratnya. Tidak kekok  bergaul dengan yang bukan mahramnya. Tidak terkesan melakukan dosa dan maksiat bila tiba puncak kegadisannya.

Itu lebih sepatutnya menjadi kerisauan.