BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 16 August 2011

Doakan dia kawan....

Aduhai..............

Aku pohon doamu kawan kerana.....

Katanya Islam merendahkan martabat wanita. Katanya Islam menghadkan potensi wanita dengan mewajibkan aurat mereka ditutup.

Dia percaya bahawa hak seorang wanita di dalam Islam telah dicabuli kerana wanita menjadi secondary kepada lelaki.

Dia sanggup mati mempertahankan bahawa wanita mempunyai hak yang sama rata dengan lelaki.

Terlebih lagi di Saudi, dia lantang menyatakan wanita diperbodohkan kerana tidak sebebas lelaki. Hendak ke mana-mana wajib ditemani Mahram. Itu kekangan kepada sebuah liberasi.

Ini zaman teknologi katanya, tetapi Islam itu terlalu ortodox. Sarat larangan dan sekatan kepada wanita.

Apatah lagi hijab. Hijab menurutnya suatu medium kawalan lelaki ke atas wanita.

IRONINYA.......

Dia tidak pula merasakan penggunaan model-model perempuan separa telanjang yang memperagakan produk jualan sebagai sebuah exploitasi.

Dia bangga memperagakan keindahan tubuhnya kepada lelaki ajnabi dan terpaksa berlapar dan menyiksa diri untuk kelihatan seksi di mata manusia lain .

Dia tidak hairan bahawa setiap inci daripada auratnya yang terbuka itu bakal menjadi habuan api neraka

Dia tidak perduli bapa kesayangannya, suami kebanggaannya dan saudara-saudara lelakinya juga bakal terheret sama ke lubuk neraka kerana tidak menasihatinya

Dia tidak merasakan bahawa hijab itu sebenarnya memuliakan dia di mata Tuhan, mensucikan dia dari pandangan kotor hawa nafsu dan syahwat lelaki yang tidak berhak ke atas tubuh badannya.

Dia tidak nampak bahawa barangan berharga yang dibelinya di pasaraya mewah disimpan di dalam kaca tertutup dan berkunci sedangkan barangan yang telah ketinggalan usia atau terpakai hanya dilonggok dan dilelong di tepi jalan?

Dia gagal melihat bahawa wanita itu begitu istimewa di sisi Tuhan kerana itu makhluk yang bernama lelaki bertanggungjawab menjaga kehormatannya.

Dia tahu menilai barangan tetapi gagal menilai dirinya sendiri.

Aku jadi sedih.

Wahai Allah, kasihanilah.

Doakanlah dia kawan.